fbpx

JKSM diarah permudah tatacara mahkamah syariah lebih mesra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im merasmikan Majlis Pelancaran Produk Wakaf Takaful Ajwad Kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia dan Hong Leong MSIG Takaful di The Everly Hotel Putrajaya, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) diarahkan segera memudahkan prosedur mahkamah syariah di setiap negeri yang dilihat tidak mesra.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, isu tatakelola perundangan di mahkamah syariah tidak selaras bukan baharu ketika beliau sendiri pernah menjadi Ketua Pengarah JKSM.

Walau bagaimanapun, usaha penyeragaman itu tidak sempat dilaksanakan beliau yang memegang jawatan sejak 2019 apabila kemudian dilantik sebagai menteri pada 2022 lalu.

Justeru, beliau berpendapat sudah tiba masanya JKSM sebagai agensi penyelaras sistem mahkamah syariah di negara ini melihat pindaan agar prosedur lebih mesra kekeluargaan.

“Saya amat bersetuju dengan syor Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) sebab pengalaman saya sendiri apabila masuk mahkamah, ramai takut tengok hakim sehingga jejas emosi terutama kes cerai,” selepas menyaksikan majlis pemeteraian memorandum persefahaman antara Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan dua buah organisasi tempatan, di sini hari ini.

Ditanya apakah penyelarasan tatacara itu lebih penting berbanding perihal pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, Mohd. Na’im berkata, ia isu berbeza.

Akta 355 itu ujarnya, hanya berkaitan bidang kuasa mahkamah tetapi isu penyeragaman pula amat perlu disegerakan dalam usaha mengangkat martabat sistem mahkamah syariah sekali gus melonjakkan taraf sistem perundangan Islam ke arah lebih mesra pelbagai pihak yang bertelagah.

“Contohnya kes hak penjagaan anak, peguam bertarung di mahkamah terbuka buka aib untuk tegak tuntutan walhal ia memberi kesan kepada emosi anak,” tambahnya.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, YWM dan Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT) bekerjasama memperkenalkan tiga produk baharu dikenali Wakaf Takaful Ajwad.

Produk baharu itu menawarkan pilihan bagi pelan perlindungan bermula dengan kadar sumbangan bulanan serendah RM50 untuk Ajwad 1, Ajwad 2 pula menetapkan kadar RM100 manakala Ajwad 3 pada RM150. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI