fbpx

Dua penjawat awam ditahan kerana rasuah RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan dua penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM5,000 bagi mempercepatkan proses bayaran kerja-kerja pembekalan di negeri tersebut.

Sumber memberitahu, kedua-dua suspek seorang wanita dan lelaki berusia antara 40-an dan 50-an itu telah ditahan antara pukul 2 petang tadi ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perlis.

“Suspek pertama seorang wanita telah ditahan kerana meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengurus syarikat yang dibuat melalui pindahan akaun sekitar penghujung tahun 2023 sebagai dorongan supaya mempercepatkan proses bayaran kerja-kerja pembekalan oleh syarikat tersebut.

“Sementara itu tangkapan suspek kedua dibuat kerana disyaki rakan subahat kepada suspek pertama dalam penerimaan wang rasuah ini,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Suzeliyana Hashim semasa dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI