fbpx

Wanita curi kereta polis jadi korban kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek melarikan kenderaan syerif sebelum terlibat dalam kemalangan. - Pejabat Syerif Daerah Marion

TALLAHASSEE, FLORIDA – Tiga orang maut selepas seorang wanita melarikan kenderaan timbalan syerif sehingga mencetuskan aksi kejar-mengejar yang berakhir dengan kemalangan maut, lapor saluran berita WFLA.

Pejabat Syerif Daerah Marion pada awalnya menerima laporan mengenai aktiviti mencurigakan di Forest Plaza, Silver Springs sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan), 1 Februari lalu.

Sejurus tiba, mereka menemui suspek, Kendra Boone, yang dilaporkan mencuri kenderaan milik seorang wanita warga emas.

Rakaman kamera badan memaparkan seorang pegawai mengarahkan Boone untuk pergi ke belakang kereta perondanya.

Ketika pegawai berkenaan menuju ke belakang kenderaan, Boone meluru ke tempat duduk hadapan dan memandu pergi.

Dia kemudian gagal mengawal kenderaan itu ketika cuba memotong sebuah lori sehingga menyebabkan kereta dipandunya merempuh sebuah trak pikap berwarna hitam.

Boone dan dua penumpang trak itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi penumpang dibawa ke hospital tempatan dalam keadaan kritikal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI