fbpx

Abdul Taib kini dirawat di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Taib -GAMBAR HIASAN

KUCHING – Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud kini menerima rawatan di kediaman peribadinya di Demak Jaya, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan lebih terperinci mengenai keadaan Taib kerana proses siasatan masih berjalan.

“Kita tidak boleh dedahkan lebih banyak maklumat kerana semua yang berlaku masih dalam siasatan,” katanya selepas merasmikan program Advokasi dan Penguatkuasaan Undang-undang Jalan Raya dan Pelancaran Op Selamat 21 Tahun Baharu Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, hari ini.

Mancha juga berkata setakat ini, lapan laporan polis telah diterima termasuk laporan daripada ahli keluarga Taib.

Dua hari lepas, polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian Taib dilarikan ahli keluarganya dari sebuah hospital swasta di Petra Jaya dan kes disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang boleh membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI