fbpx

Sultan Nazrin titah KKM beri perhatian naik taraf Hospital Kuala Kangsar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly bercakap pada sidang akhbar di HRPB di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan supaya Kementerian Kesihatan (KKM) memberi perhatian terhadap projek naik taraf dan pembesaran Hospital Kuala Kangsar seperti mana yang diumumkan menerusi Belanjawan 2023.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu dimaklumkan ketika beliau mengadap baginda selepas perasmian Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Ada sedikit perbincangan bersama Tuanku Sultan di mana baginda telah minta kita untuk beri perhatian kepada pembesaran Hospital Kuala Kangsar.

“Pihak kementerian akan buat tindakan susulan ekoran projek ini atas janji yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan Belanjawan 2023,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam ucapan Belanjawan 2023 pada Februari tahun lalu, Anwar mengumumkan peruntukan sebanyak RM36.3 bilion untuk sektor kesihatan.

Dalam perkembangan berlainan beliau memberitahu, pihak kementerian telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.2 juta bagi perolehan 250 set katil baharu untuk HRPB.

Katanya, perolehan katil baharu itu bagi menampung keperluan katil di hospital berkenaan selain menggantikan katil lama yang telah uzur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI