fbpx

Sultan Nazrin perkenan Perak bekalkan air untuk Pulau Pinang – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) ketika hadir ke Program Rakyat Madani Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berita gembira buat rakyat Pulau Mutiara bahawa, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memberi perkenan untuk negeri itu membekalkan air kepada Pulau Pinang.

Anwar berkata, projek Air Perak -Pulau Pinang itu merupakan satu insiatif yang dimulakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang sejak sekian lama.

”Kita terima berita baik, Sultan Nazrin (Sultan Perak) dan kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan (Datuk Seri Saarani Mohamad) bersetuju untuk sediakan bekalan air dari Perak. Ia akan melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.

”Fasa pertama akan disalurkan ke Seberang Perai, ke Nibong Tebal dan turut terlibat ke Sungai Bakap sebab saya lahir di Sungai Bakap,” katanya ketika berucap dalam Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara, di Tapak Pesta Sungai Nibong, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar juga berharap kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang dapat berunding secara profesional berhubung bekalan air antara kedua-dua negeri.

”Saya percaya hubungan yang baik dengan Kedah akhir-akhir ini dapat dikekalkan boleh dirunding cara profesional keperluan Pulau Pinang bekerjasama dengan Kedah dalam isu bekalan air,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI