fbpx

Faisal Halim melecur tahap empat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Faisal Halim selepas terkena simbahan asid yang tular semalam. - Foto Netizen

PETALING JAYA – Bagaikan jatuh ditimpa tangga.

Itulah perumpamaan yang boleh dikatakan apabila kecederaan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim lebih serius daripada jangkaan apabila disahkan melecur tahap empat di sekitar tubuhnya yang terkena simbahan asid semalam.

Perkembangan terkini itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar yang turut menyeru agar peminat sukan tanah air mendoakaan yang terbaik buat bintang Harimau Malaya itu.

“Faisal kini masih lagi menjalani rawatan (di hospital) dan difahamkan dia melecur tahap empat,” katanya secara ringkas dihubungi Kosmo!.

Sebagai rekod, bola sepak negara seperti ditimpa ‘malapetaka’ apabila dua pemain kebangsaan, Faisal dan Akhyar Rashid diserang oleh penjenayah baru-baru ini.

Akhyar telah diserang menggunakan cota selepas pulang daripada sesi latihan bersama Terengganu FC di Kuala Terengganu minggu lalu sehingga memerlukan jahitan di kepala.

Namun, serangan melibatkan Faisal lebih serius selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika berada di pusat beli belah di Damansara semalam.

Pada peringkat awal, kecederaan Faisal dilihat tidak terlalu serius dan melecur tahap dua tetapi keadaan bertambah parah selepas diteliti oleh pegawai perubatan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI