fbpx

Pembantu jurutera maut, seorang parah tragedi balik kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa maut, Amir Asyraaf (gambar kecil) selepas terlibat kemalangan di Lebuh SPA, Melaka malam tadi.

MELAKA – Seorang pembantu jurutera maut, manakala seorang lagi parah selepas terlibat dalam nahas di lampu isyarat Taman Paya Emas Lebuh Sungai Udang – Paya Rumput – Ayer Keroh (SPA) di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu, mangsa, Amir Asyraaf Abdul Zalil, 24, yang menunggang motosikal jenis Yamaha YZF-R15M meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Seorang lagi mangsa, Shahrom Nizam Sukri, 38, yang merupakan jurutera Petronas mengalami kecederaan parah di kepala dan menerima rawatan di Zon Merah Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian si mati yang bekerja di Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM) dalam perjalanan dari arah Batu Berendam menghala ke Masjid Tanah.

KEADAAN Viva dan motosikal mangsa selepas terlibat dalam kemangan di Lebuh SPA, Melaka, malam tadi.

“Ketika itu mangsa sedang bergerak lurus sebelum tiba-tiba sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu Shahrom dari arah Sungai Udang telah membelok ke arah kanan jalan menyebabkan berlakunya pelanggaran.

“Akibat kemalangan itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan, manakala pemandu Viva mengalami kecederaan parah di kepala dan kini dalam keadaan diintubasi di Hospital Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis syif bekerja.

“Pegawai penyiasat telah mendapatkan rakaman papan pemuka kereta daripada orang awam.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI