fbpx

Miley Cyrus raih anugerah pertama Grammy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILEY Cyrus tidak menjangkakan kemenangan berganda dalam penganjuran Anugerah Grammy ke-66, hari ini.

SELEPAS hampir 20 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, penyanyi dan pelakon Miley Cyrus akhirnya berjaya membawa pulang trofi berprestij Anugerah Grammy ke-66 yang berlangsung di Crypto.com Arena, Los Angeles, Amerika Syarikat, hari ini.

Lebih membuatkan penyanyi itu gembira apabila dia merangkul dua anugerah sekali gus untuk kategori Persembahan Pop Solo Terbaik dan Rakaman Terbaik menerusi lagu Flowers.

Sewaktu diumumkan sebagai pemenang oleh diva terkenal dunia, Mariah Carey, Cyrus yang mengenakan gaun berkilauan hitam dengan gaya rambut kembang ala fesyen 1980-an dilihat tercengang kerana terkejut.

Ketika berada di atas pentas, bintang berusia 31 tahun itu turut meminta Carey supaya tidak berundur kerana mahu pemenang Anugrah Grammy sebanyak lima kali itu untuk berada disampingnya.

“Kepada MC (Mariah Carey), tolong jangan beredar dan perlu ada disamping saya,” ujar Cyrus.

Kata Cyrus lagi sewaktu berucap, dia hampir terlewat tiba ke acara tersebut kerana tersangkut dalam kesesakan jalan raya yang teruk berikutan hujan lebat.

“Saya sebenarnya hampir terlewat. Namun saya perlu ada juga di sini kerana Mariah Carey,” katanya.

Dalam kategori tersebut, Cyrus yang terkenal menerusi sitkom Hannah Montana menewaskan lima pencabar lain iaitu Doja Cat, Billie Eilish, Olivia Rodrigo dan Taylor Swift.

Anugerah Grammy ke-66 turut menyaksikan penyanyi Taylor Swift menang besar apabila mengungguli kategori Album Terbaik dan Vokal Pop Terbaik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI