fbpx

‘Permohonan asal pengampunan diraja Najib bukan kerana mengaku bersalah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Puad.

PETALING JAYA – Permohonan asal bekas Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pengampunan diraja, bukan kerana beliau mengaku bersalah.

Sebaliknya, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi berkata, permohonan tersebut dibuat atas pertimbangan bekas presiden UMNO itu tidak diberi ‘perbicaraan yang adil’, sehingga dijatuhkan hukuman bersalah.

“Dia bukan mohon pengampunan diraja kerana mengaku bersalah. Dia mohon pengampunan penuh. Tidak timbul isu kurang tempoh penjara dan denda.

“Itu sebab MKT UMNO bersetuju kemuka ‘warkah rayuan’. Tony Pua tidak faham. Dia patut tanya ‘I beg your pardon.’ (Boleh ulang balik),” tulisnya dalam hantaran di Facebook.

Najib yang sedang menjalani hukuman penjara ketika ini akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Perkara itu dimaklumkan Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-16 dalam satu kenyataan, kelmarin.

Menurut kenyataan itu, sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan Najib dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang Di Pertuan Agong ke-16, AI-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI