fbpx

Pengampunan Najib: UMNO teruskan pembelaan, hormati keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – UMNO akan meneruskan usaha bagi mendapatkan pembelaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perkara itu diputuskan kepimpinan parti itu menerusi mensyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

MKT berkata, UMNO menghormati keputusan dan hak muthlak yang telah diambil oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Bagaimanapun, sementara mendukung Perlembagaan Persekutuan, UMNO terkesan dan bersedih dengan keputusan tersebut.

“UMNO akan meneruskan usaha-usaha mendapatkan pembelaan untuk (Najib) kerana merasakan beliau tidak mendapat kedilan seawal proses perbicaraan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Lembaga Pengampunan memutuskan untuk mengurangkan tempoh hukuman Najib sebanyak 50 peratus yang mana beliau akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Selain itu, denda yang perlu dibayar Najib sebanyak RM210 juta turut dikurangkan kepada RM50 juta.

Pada 8 Disember 2021, Najib gagal dalam cubaan untuk melepaskan diri daripada hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI