fbpx

‘Ali Baba’ monopoli perniagaan Pasar Borong Selayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa Imigresen menahan warga asing ketika operasi bersepadu bersama pelbagai agensi Foto : KOSMO!/SADDAM YUSOFF

SERDANG – Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengesan lebih 10 premis gerai milik warga tempatan di Pasar Borong Selangor, di sini, telah dijual kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan mereka.

Datuk Bandar MBSJ, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, pihaknya tidak mahu fenomena warga asing bekerja menggunakan lesen diberikan warga tempatan malah dan bertegas untuk membatalkan lesen berkenaan.

“MBSJ sentiasa mengambil serius dalam setiap isu bandar raya dimana kegiatan menjual tapak atau lesen perniagaan dilihat sering menyumbang kepada lambkan dan monopoli perniagaan warga asing.

“Masalah ini berpunca daripada sikap peniaga tempatan yang mempunyai lesen kemudian di ‘Ali Baba’ kepada warga asing. Dapat lesen daripada majlis maka meniagalah, jangan bagi kepada pihak lain.

“Dalam tempoh tiga bulan, kita akan pastikan usaha Pasar Borong Selangor ini bebas daripada peniaga warga asing tanpa dokumen yang sah,” ujarnya dalam sidang akhbar ketika Operasi Bersepadu, Seri Kembangan, di sini, pagi tadi.

Operasi bermula jam 3 pagi itu turut melibatkan Jabatan Imigresen Selangor, Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor.

Berpandukan kepada data disediakan oleh MBSJ, terdapat 384 petak niaga bagi kategori perniagaan bahan mentah di lokasi tersebut.

Jelas Mohd Fauzi, operasi ini juga dilaksanakan bagi memeriksa premis berlesen yang melanggar syarat-syarat pelesenan seperti menggunakan pekerja pendatang asing tanpa izin (PATI).

“MBSJ sering menjalankan pemantauan dan operasi penguatkuasaan di lokasi ini, sebanyak 11 operasi dijalankan sejak dari tahun 2019 dan sebanyak 161 Notis Tawaran Kompaun (NTK) dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT),” jelasnya.

Tambahnya, kawasan yang diduduki penjaja warga asing juga didapati tidak terjaga dan kotor hingga boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat serta keharmonian di sesuatu kawasan itu.

“Pemantauan berkala akan terus dijalankan dari masa ke masa dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan serta syarat-syarat ditetapkan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI