fbpx

[VIDEO] Calon SPM sebak hilang ibu akibat dilanggar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan Aliah sedang bersedih selepas kehilangan ibu tercinta akibat kemalangan di Klang, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Cabaran seorang gadis berdepan dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, bertambah getir apabila kehilangan ibu tercinta akibat kemalangan, baru-baru ini, di Teluk Pulai, Klang.

Menerusi perkongsian di TikTok mrwancaiofficial77, ibu remaja yang dipanggil Aliah itu dilanggar lori ketika motosikal ditungganginya berhenti di lampu isyarat, di Jalan Yadi.

Lebih memilukan, arwah dalam perjalanan ke rumah selepas menjalani rawatan susulan di Hospital Klang, ekoran penyakit kencing manis yang dihidapi, malah dimaklumkan sering berulang-alik ke hospital dengan motosikal.

Menurut mrwancaiofficial77, dia juga berkesempatan menitipkan pesanan kepada Aliah supaya terus kuat berjuang.

“Jadikan kematian ibu sebagai satu nasihat untuk berjaya dalam SPM. Itu pesanan saya untuk Adik Aliah.

“Saya beri kata-kata semangat dalam keadaan tangan Adik Aliah menggigil. Jelas dia masih terkejut dengan pemergian ibunda tercinta.

“Alhamdulillah, jenazah Almarhumah Nor Hazura selamat disemadi di Tanah Perkuburan Islam Batu 4, Kapar,” ujarnya.

Hantaran berkenaan mengundang emosi orang ramai yang turut bersimpati dengan gadis berkenaan.

“Hilangnya doa seorang ibu, kosong dunia. Sedih tengok Adik Aliah, terketar-ketar tangan tanpa kata-kata,” kata seorang pengguna.

“Situasi ni yang saya lalui 16 tahun lalu. Arwah sempat pesan, ‘jawab peperiksaan elok-elok Ude. Ilmu itu harta Ude, kita orang susah’,” kongsi @MoNazbN.

“Semoga Adik Aliah diberi ketenangan hati untuk menjawab peperiksaan SPM,” ucap @nurdieyla. – KOSMO! ONLINE

@mrwancaiofficial77“Jadikan Kematian Ibu Sebagai Satu Nasihat Untuk Berjaya Dalam SPM” Itu Pesanan Saya Untuk Adik Aliah Tadi. Saya Beri Kata² Semangat Dalam Keadaan Tangan Adik Aliah Menggigil. Jelas Adik Aliah Masih Terkejut Dengan Pemergian Ibunda Tercinta. Alhamdulillah Jenazah Almarhumah NorHazura Selamat Di Semadi Di Rumah Abadi. Almarhumah Di Kebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Batu 4 Kapar. Kronologi :- Almarhumah NorHazura Di L@nggar Lori Sewaktu Motosikal Yang Di Tunggang Berhenti Di Lampu Isyarat Di Jalan Yadi Teluk Pulai Klang. Dalam Kejadian 09.15 Pagi Tadi,Almarhumah Dalam Perjalanan Pulang Ke Rumah Selepas Menjalani Rawatan Susulan Di Hospital Klang. Almarhumah Mempunyai Penyakit Kencing Manis Dan Sering Berulang Alik Ke Hospital Dengan Motosikal. Almarhumah Adalah Seorang Ibu Tunggal Yang Mempunyai 4 Orang Anak!♬ Ya Allah Lapangkan Kubur Ibuku – Qhutbus Sakha

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI