fbpx

Sampah Bumi bertimbun di Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej NASA dirakam oleh kenderaan rover Mars Perseverance pada 12 Julai 2022 menunjukkan serpihan gear pendaratan akibat penghantaran rover ke permukaan Marikh. - AFP

WASHINGTON – Manusia dilaporkan mengotori Marikh dengan sampah walaupun belum pernah menjejakkan kaki ke planet itu, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Menurut beberapa pakar, pelbagai sampah angkasa bertimbun di Marikh termasuk kepingan peralatan pendaratan, pelindung haba, payung terjun terpakai, bilah pemutar, mata gerudi dan jaring fabrik.

Terdapat juga sebuah kapal angkasa Britain, Beagle 2 yang mendarat di Marikh pada Disember 2003 namun kemudiannya dilaporkan hilang di planet tersebut.

Sekeping peta baharu yang dikeluarkan saintis turut mendedahkan lokasi serpihan kapal angkasa yang mendarat di Marikh sejak 53 tahun lalu. 

Lokasi helikopter Ingenuity milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang menamatkan misi pada minggu ini akibat kerosakan pada bilah pemutar juga didedahkan.

Seorang profesor kejuruteraan aeroangkasa di Universiti West Virginia berkata, dianggarkan terdapat 7,118 kilogram sampah angkasa di Marikh.

Seorang penyelidik serpihan kapal angkasa Universiti Warwick, Dr. James Blake pula memberitahu, misi akan datang bagi menerokai Planet Marikh perlu ‘dirangka dengan mengambil kira faktor  kelestarian’.

Ini termasuk reka bentuk kapal angkasa yang tidak membuang komponen apabila mendarat di Marikh dan boleh kembali ke Bumi selepas misi berakhir. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI