fbpx

Pasangan YouTuber UK bayar saman RM100 tidak serik datang Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar insiden berkenaan, baru-baru ini.

PETALING JAYA – “Ia (kejadian) tidak akan menjejaskan cinta kami terhadap Malaysia. Kami akan kembali.”

Itu pengakuan yang dibuat pasangan pempengaruh dari United Kingdom (UK) yang tular selepas ditawarkan bayaran saman RM100 oleh anggota trafik baru-baru ini.

Menerusi hantaran di media sosial, pasangan yang dikenali sebagai Chris dan Marianne itu memaklumkan mereka memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung insiden tersebut.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua atas komen dan mesej (kami tidak dapat jawab kesemuanya, tetapi menghargai sokongan anda).

“Kami boleh mengesahkan bahawa kami telah berkomunikasi dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.

“Kami telah memberikan mereka rakaman video, tarikh, masa dan lokasi kejadian yang tidak disunting.

“Mereka memohon maaf dan mengesahkan sedang menyiasat kejadian ini. Tiada saman tertunggak,” kata pasangan itu menerusi catatan di Facebook Tread The Globe.

Semalam, Kosmo! melaporkan Mahkamah Majistret Ipoh menolak permohonan sambung reman terhadap tiga anggota trafik yang disyaki menawarkan saman RM100 kepada pempengaruh dari UK.

Majistret Siti Nora Sharif menolak permohonan yang dikemukakan polis terhadap tiga anggota berusia 37 hingga 42 tahun itu setelah mendengar alasan peguam mewakili kesemua suspek.

Antara alasan yang dikemukakan adalah tiada mangsa yang tampil untuk membantu siasatan selain beberapa isu teknikal lain.

Terdahulu, tular satu video di YouTube ‘Thread the globe’ memaparkan pasangan pelancong dari UK dikenali sebagai ‘UK Van Lifers’ disaman anggota polis trafik akibat kesalahan memandu laju.

Difahamkan, pasangan pelancong yang menaiki sebuah van itu ditahan ketika dalam perjalanan ke Ipoh.

Dalam video berkenaan, anggota polis trafik itu memberitahu pasangan tersebut bahawa mereka memandu sekitar 80 kilometer (KM) sejam berbanding had laju yang dibenarkan iaitu 60KM

Susulan itu, pasangan berkenaan bersetuju untuk membayar secara tunai dan menyerahkan wang berjumlah RM100 tanpa diberikan surat saman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI