fbpx

Najib masih ada tiga lagi kes jenayah di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

KUALA LUMPUR – Meskipun Datuk Seri Najib Tun Razak akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028 oleh Lembaga Pengampunan, berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd., bekas perdana menteri itu masih berdepan tiga lagi kes jenayah lain Mahkamah Tinggi di sini.

Tiga kes jenayah itu ialah penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta.

Bagi dua kes ia masih di peringkat pengurusan kes, yang mana pertuduhan pecah amanah jenayah bagi kes IPIC, ia di dengar di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Husin sementara pengubahan wang haram di hadapan Hakim K.Muniandy.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Najib bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan dikeluarkan Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-16 hari ini.

Kata kenyataan itu, sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan Najib how telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan tersebut yang dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda AI-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI