fbpx

Syafiq Kyle doakan saya, saya pun doakan dia – Mimi Lana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mimi turut memanjatkan doa buat bekas kekasih, Syafiq Kyle.

KUALA LUMPUR – Pelakon Mimi Lana mengakui dia mengirim doa kepada Syafiq Kyle ketika lelaki itu memunaikan ibadah umrah baru-baru ini.

Mimi Lana atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 29, memaklumkan bahawa dia turut mendoakan kesejahteraan bekas kekasihnya itu walaupun sudah berpisah.

“Alhamdulillah, saya pun ada bercakap dengan dia tolong doakan saya di sana.

“Dia doakan saya dan saya pun selalu mendoakan dia,” katanya pada sidang akhbar tayangan drama Astro Original Framed di sini, semalam.

Dalam masa sama, Mimi enggan bercakap mengenai perkara tersebut berulang-kali selain hanya menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.

“Saya tak mahu cakap berulang-ulang kali benda ini, kalau saya bercakap banyak kali tentang perkara ini orang kata saya asyik cakap. Benda itu jadi tidak seronok.

“Namun, apa yang saya boleh katakan, ini semua kerja Tuhan.

“Insya-Allah, saya hanya ‘follow the flow’ (ikut aturan) sahaja,” jelasnya lagi.

Baru-baru ini, Syafiq mengakui menyelitkan hal hubungannya dengan Mimi dalam doanya ketika menunaikan ibadah umrah walaupun kini mereka hanyalah berstatus sahabat.

Sebelum ini, mereka sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada 18 Ogos tahun lalu dalam sebuah majlis pernikahan yang dirancang berlangsung di Janda Baik, Pahang.

Bagaimanapun, tanpa sebarang alasan majlis berkenaan dibatalkan pada 11 Ogos tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI