fbpx

MotoGP: Marquez, GP23 resahkan Bagnaia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA mengakui jentera GP23 yang digunakan musim lalu adalah hampir sempurna yang mampu menjadi ‘senjata’ terbaik Marquez. - AFP

LONDON – Juara dunia dua kali berturut-turut, Francesco Bagnaia mengakui bimbang cabaran yang mampu diberikan Marc Marquez pada saingan musim baharu Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Tegas pelumba Ducati tersebut, dia yakin musim 2024 pasti lebih mencabar memandangkan Marquez akan memacu jentera yang lebih kompetitif selepas dibekalkan jentera Desmosedici GP23 musim lalu.

Biarpun Marquez menggunakan jentera speksifikasi lama milik Johann Zarco, namun Bagnaia menjelaskan jentera musim lalu dibangunkan hampir sempurna.

“Perbezaan tahun ini ialah Marc Marquez akan mempunyai jentera yang lebih kompetitif selepas dia menyertai pasukan Gresini Ducati.

“Saya yakin bahawa Marquez akan tampil lebih baik tidak lama lagi dan itu adalah kerana GP23 adalah sebuah jentera terbaik dibangunkan, malah hampir sempurna.

“Tetapi, ada beberapa bahagian yang sukar dan saya yakin Marquez tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri. Kita boleh lihat sewaktu di Valencia dan Marquez akan lebih baik sewaktu aksi pramusim di Malaysia nanti,” ujarnya.

Ketika ini, Ducati hanya membekalkan jentera Desmosedici GP24 kepada Bagnaia, Enea Bastianini, Jorge Martin dan Franco Morbidelli. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI