fbpx

54 kertas siasatan dibuka terhadap Snuppee Mall

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 54 kertas siasatan dibuka terhadap syarikat Snuppee Mall setelah dipercayai menipu pengguna sehingga menyebabkan kerugian lebih RM1 juta sejak 30 Januari lalu.

Timbalan Pengarah Siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, siasatan awal mendapati syarikat ini mempromosikan perniagaan mereka sebagai platform untuk menjana pendapatan tambahan secara dalam talian.

“Individu yang berminat dikehendaki untuk mendaftar dan membeli pakej yang ditawarkan dengan harga serendah RM50 hingga RM13,700 dan melakukan tugasan yang diberikan.

“Nilai komisen yang diterima bagaimanapun adalah berbeza berdasarkan pakej yang disertai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pada penghujung Januari lalu, Snuppee Mall menawarkan pulangan tunai 80 peratus bagi setiap penambahan wang ke dalam akaun Snuppee sehingga menarik ramai pengguna berbuat demikian.

“Namun, pada 29 Januari lalu, pihak syarikat berkenaan mengeluarkan notis mendakwa syarikat telah muflis dan menutup semua operasi mereka.

“Siasatan bagi kes ini dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa mana-mana individu yang menjadi mangsa untuk tampil membuat laporan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI