fbpx

Beckham di Kuala Lumpur, kagumi Menara Berkembar Petronas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran Beckham di laman Instagramnya, semalam.

PETALING JAYA – Bekas pemain Manchester United (MU), David Beckham menyatakan kekagumannya terhadap keindahan Menara Berkembar Petronas menerusi satu hantaran di laman Instagram beliau semalam.

Dalam hantaran tersebut, Beckham berkongsi gambar beliau berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas.

Menurut laporan media, lagenda bola sepak berusia 48 tahun itu tiba di Kuala Lumpur semalam dan bakal membuat kemunculan di The Exchange TRX hari ini.

Kemunculan beliau adalah sempena majlis ‘The World of the Predator Exhibition’ yang mengimbas sejarah 30 tahun but bola sepak dikeluarkan jenama gergasi, Adidas.

Sebelum ini, Beckham berada di Bangkok sebagai duta Adidas untuk meraikan ulang tahun ke-30 but Predator bersama aktor dan penyanyi Thailand, Bright Vachirawit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI