fbpx

[VIDEO] Laungan Daulat Tuanku bergema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada rakyat Johor yang setia menunggu keberangkatan konvoi Diraja Sultan Ibrahim melalui laluan di Jalan Kampung Pasir, Johor Bahru hari ini

JOHOR BAHRU – Ribuan rakyat jelata di negeri ini memenuhi sepanjang bahu jalan di Jalan Skudai, di sini menunggu konvoi keberangkatan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ke Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pagi ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati rakyat Johor sudah berada di laluan berhampiran Kampung Pasir, di sini seawal pukul 6.30 pagi.

Konvoi Diraja Sultan Ibrahim yang berlepas dari Istana Bukit Serene, di sini pada pukul 7.45 pagi dan tiba di kawasan Kampung Pasir sekitar pukul 8.05 pagi.

Laungan ‘Daulat Tuanku’ bergema menyambut keberangkatan Sultan Ibrahim yang melambaikan tangan kepada khalayak yang sedia menunggu ketibaan konvoi Diraja itu.

Sultan Ibrahim berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini bagi menyempurnakan Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17.

Baginda dijangka akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kira-kira pukul 9 pagi dan akan mendarat di Pangkalan Udara, Subang, Selangor sebelum bergerak ke Istana Negara.

Sultan Ibrahim diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Ke-263 pada 27 Oktober tahun lalu.

Pemasyhuran Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 semalam.

Mesyuarat yang dipengerusikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh lima tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI