fbpx

Tembikar jadi ‘dapur’ hisap ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rampasan air ketum dan tembikar yang diubahsuai menjadi alat menghisap ganja di Sungai Ara, Pulau Pinang semalam.

BALIK PULAU – Polis merampas 15 bungkusan air ketum daripada dua pemuda di tepi Jalan Sungai Ara di sini, semalam sekali gus membawa kepada penemuan tembikar yang diubahsuai sebagai ‘dapur’ atau bong untuk menghisap ganja.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, tangkapan dua lelaki berusia 25 dan 29 tahun tersebut dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD).

Menurutnya, penahanan ke atas kedua-dua suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan itu dilakukan menerusi tugasan ‘Ops Tapis Khas’ di bawah kawasan pentadbiran Balai Polis Bayan Lepas.

“Pemeriksaan lanjut telah dibuat dan menemui lebih kurang 4.0 gram disyaki dadah jenis ganja, 15 bungkus air ketum dan sebuah tembikar yang diubahsuai bagi menggunakan untuk menghisap dadah.

“Ujian saringan air kencing daripada seorang suspek juga dapati positif dadah jenis THC (tetrahydrocannabinol),” katanya di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama 4 hari mulai semalam hingga 2 Februari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, polis turut merampas 0.60 gram yang disyaki dadah jenis syabu bersama botol kaca yang juga diubahsuai sebagai alat menghisap dadah daripada seorang pemuda berusia 27 tahun, semalam.

Suspek diberkas ketika berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Pantai Acheh di Balik Pulau dan hasil ujian saringan air kencing mendapati positif dadah jenis Amphetamine/Methamphetamine. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI