fbpx

Patik, rakyat akan taat setia tidak berbelah bahagi – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster merafak sembah kepada Seri Paduka Baginda berdua dikongsikan Anwar pada Facebook.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim serta Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah

Menerusi hantaran pada Facebook, Anwar merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Baginda berdua selepas melafaz sumpah memegang jawatan dalam upacara penuh istiadat hari ini.

“Patik dan sekalian rakyat juga mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Daulat Tuanku,” katanya hari ini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.

Istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan diadakan sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara.

Mesyuarat khas itu dipengerusikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pada istiadat itu juga, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah turut mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI