fbpx

Zayn Rayyan : Lebih 200 keterangan telah diambil polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily ketika sidang akhbar di Klang hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

KLANG – Polis telah mengambil lebih 200 keterangan individu berhubung kes pembunuhan kejam kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, ini merupakan daripada proses siasatan di dua buah blok Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Katanya, pihaknya masih menilai bahan bukti yang dikumpul berhubung kes tersebut.

“Macam saya cakap tempoh hari, kita tidak pernah berhenti menyiasat dan masih di lapangan dan berjumpa dengan masyarakat setempat sama ada mereka ada tertinggal sebarang maklumat , sekecil mana pun.

“Lebih 200 orang kita panggil berikan keterangan daripada awal-awal kita sudah scan dua-dua blok, jadi memang ramai,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 6 Disember lalu, Zayn Rayyan yang dilapor hilang ditemui meninggal dunia di kawasan sungai berhampiran kediamannya pada pukul 10 malam.

Susulan itu, hasil penemuan bedah siasat pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 (bunuh) selepas menemui kesan kecederaan mempertahankan diri dan kecederaan pada bahagian leher mangsa.

Mengulas berhubung kes along yang menyimbah cat rumah jiran kepada penghutang di sebuah taman perumahan di Gombak, Selangor, Mohd. Shuhaily menjelaskan, pihaknya giat mengesan suspek terlibat dalam kes tersebut.

“Kes along tersebut mempunyai dua elemen iaitu semasa dia memberikan pinjaman dibawah kesalahan jenayah komersial dan apabila dia mengkhianati dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan sudah memasuki elemen kita (JSJ).

“Selalunya melibatkan along mungkin ada kaitan dengan kongsi gelap,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI