fbpx

Tujuh sekolah Hulu Dungun terjejas banjir diberi cuti bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang guru sayu melihat kemusnahan peralatan akibat banjir lumpur di SK Kampung Shukor, Hulu Dungun hari ini.

DUNGUN – Sebanyak tujuh buah sekolah yang terjejas banjir di daerah ini dibenarkan mengambil cuti bencana sehingga kerja-kerja pembersihan selesai dipenuhnya.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Profesionalisme), Shafruddin Ali Hussin berkata, Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Raja dan SK Kampung Shukor paling terjejas teruk dengan dilitupi lumpur tebal berikutan banjir besar yang berlaku pada Khamis lalu.

“Banjir yang berlaku di Hulu Dungun kali ini dianggap terburuk, lebih teruk berbanding yang berlaku pada tahun 2014.

“Kesemua sekolah terlibat dibenarkan untuk mengambil cuti bencana sehinggalah operasi pembersihan selesai sepenuhnya demi keselesaan semua pelajar,” katanya di SK Pasir Raja di sini hari ini.

Shafruddin berkata, lima sekolah lain yang turut terjejas ialah SK Tepus, SK Kuala Jengal, SK Jongok Batu, SK Dendang, SK Kuala Abang, SK Minda Talong dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Jengai.

Tambahnya, Kementerian Pendidikan sedang membuat penilaian kerugian, dialami kesemua sekolah terlibat ekoran banjir itu.

“Pegawai pendidikan daerah telah diminta untuk menyenaraikan dan menilai kerosakan dialami untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI