fbpx

Tiga termasuk guru maut kemalangan dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA maut termasuk seorang guru dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Besar Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi pagi tadi.

KOTA TINGGI – Tiga termasuk seorang guru maut dalam kemalangan berlaku di Jalan Besar Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat kota Tinggi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB ) Mohd Shawaluddin Ami Nordin berkata seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 6.49 pagi.

“Setibanya pasukan operasi keluaran (PKO) di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan Perodua Myvi dan Proton Gen 2. Perodua Myvi dinaiki dua orang lelaki dewasa dimana salah seorangnya tersepit akibat kemalangan itu.

“Manakala Proton Gen 2 dinaiki seorang mangsa yang turut tersepit akibat kemalangan tersebut. Semua mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadiaan oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan selanjutnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI