fbpx

Peminjam tertinggi, pembayar terbaik AIM adalah wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramanan (tengah) ketika sidang akhbar selepas mengadakan sesi lawatan kerja dan taklimat operasi AIM, di Ibu Pejabat AIM, Bandar Sri Damansara, hari ini.

KUALA LUMPUR – Majoriti peserta dana Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang dicatatkan setakat ini, terdiri daripada golongan wanita.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, malah, golongan ini juga merupakan ‘pembayar terbaik’.

“Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, ramai yang mengambil peluang daripada AIM adalah golongan wanita.

“Beberapa kali juga saya dimaklumkan bahawa mereka ini juga menjadi ‘the best paymasters’. Berapa banyak pun kita beri, mereka pasti akan bayar balik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas mengadakan sesi lawatan kerja dan taklimat operasi AIM, di Ibu Pejabat AIM, Bandar Sri Damansara, di sini, hari ini.

Ramanan berkata, beliau berbangga dengan pencapaian AIM sehingga kini dan berharap supaya kerajaan terus memberikan sokongan.

“Di Malaysia kita ada banyak peluang perniagaan untuk usahawan capai kejayaan dan saya bangga apa yang diusahakan AIM bagi menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini.

“Kami harap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri lebih banyak sokongan dan dorongan untuk menaikkan dan menggunakan konsep AIM ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz berkata, pihaknya menyasarkan mengeluarkan seramai 320,000 peserta atau Sahabat AIM dengan pembiayaan sebanyak RM2.6 bilion pada tahun ini.

“Kemuncak pembiayaan ini adalah musim perayaan. Dengan penambahan RM100 juta oleh Perdana Menteri, kita akan beri bantuan kepada hampir 20,000 orang tambahan Sahabat AIM yang baru pada 2024.

“Jadi permulaannya pada Mac ini kita akan keluarkan dana tambahan ini untuk bantu pemohon terutamanya menjelang Ramadan dan Aidilfitri,” jelasnya.

Sebelum ini, Anwar telah mengumumkan peruntukan pembiayan AIM sebanyak RM100 juta pada pembentangan Belanjawan 2024 yang baru diluluskan semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI