fbpx

KK Super Mart santuni 1,500 warga emas, gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
-KK CHAI (kanan) menyampaikan ucapan di Karnival Kebajikan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR – Pengendali kedai rangkaian serbaneka KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. (KK Super Mart) menyertai Karnival Kebajikan Bukit Bintang untuk meraikan lebih 1,500 warga emas berumur 55 tahun dan ke atas, ibu tunggal, anak-anak yatim, golongan gelandangan dan orang kelainan upaya (OKU) sempena Tahun Baharu Cina.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif KK Super Mart, Datuk Seri Dr. KK Chai berkata, karnival yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Harmoni Bukit Bintang dengan kerjasama Malaysia Chinese Assembly Hall (MCAH) itu telah diadakan setiap tahun sejak 2006.

“Bagaimanapun, kami tidak menjalankan karnival ini pada tahun 2021 dan tahun 2022 kerana negara masih dibelenggu pandemik Covid-19 pada ketika itu.

“Sepanjang karnival, pelbagai acara menarik diadakan.

“­Paling dinantikan ialah pengagihan angpau dan beg yang dipenuhi dengan makanan dan minuman kepada 1,500 individu yang berdaftar dan layak,” katanya ketika berucap pada Karnival Kebajikan Bukit Bintang di pekara­ngan kedai serbaneka KK Super Mart Bukit Bintang di sini kelmarin.

KK Chai yang juga Presiden MCAH berkata, beliau tersentuh hati dengan sambutan masyarakat sekitar yang sangat menggalakkan dengan penganjuran karnival berkenaan.

“Saya terharu dengan apa yang dilihat pada malam ini (kelmarin). Kegembiraan jelas terpancar jelas pada wajah setiap penerima sumbangan dan semua yang hadir,” ujarnya.

Menurut KK Chai, hampir 250 sukarelawan terlibat dalam menjayakan karnival tersebut, antaranya daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Alam Flora dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus untuk memastikan kejayaan Karnival Kebajikan Bukit Bintang ini.

“Besar harapan saya agar karnival kebajikan ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendapatang bagi membantu golongan yang memerlukan mendapat manfaat secara langsung,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI