fbpx
ANTARA koleksi beg tangan mewah Kim Kardashian.

Kim tayang koleksi beg tangan mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEBRITI terkenal Kim Kardashian mencuri perhatian pengikut media sosial apabila mempamerkan ratusan koleksi beg tangan jenama mewah miliknya untuk tatapan umum.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagramnya, bekas isteri penyanyi rap Kanye West itu bergambar dalam sebuah bilik khas yang menyimpan ratusan koleksi beg tangan mewah pelbagai jenama, termasuklah Balenciaga.

Menurut laporan DailyMail, koleksi beg tangan mewah milik Kardashian bermula pada harga serendah AS$3,000 (RM14,182) hingga AS$400,000 (RM1.8 juta).

Melihat koleksi beg tangan pelbagai jenama itu, pengikutnya dalam Instagram turut teruja, malah ada yang berangan-angan untuk menjalani kehidupan serba mewah seperti yang dinikmati Kardashian.

Rata-rata netizen beranggapan ibu kepada empat cahaya mata itu sangat bertuah kerana hidup dilimpahi dengan kemewahan sehingga mampu memiliki ratusan koleksi beg tangan berjenama mewah yang menjadi idaman ramai wanita seluruh dunia. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN