Bintang RTM, mana kemilaunya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUDAYA popular dalam dunia hiburan memang tak boleh dipisahkan. Ada anak seni berkata, hadirnya mereka sebagai apa sahaja, waima penyanyi atau pelakon terutamanya, bukan untuk mengejar populariti sebaliknya menjadi diri sendiri.

Ada juga yang berkata mahu memeriahkan industri hiburan, bukan mahu bersaing tetapi hendak berkarya, mengekspresikan dan berkongsi bakat serta kecintaan kepada umum.

Anak seni umumnya lahir dengan bakat semula jadi yang kemudiannya dicungkil, diasah atau dipertajamkan mengikut acuan masing-masing tak kiralah sehingga nanti menjadi pelakon, pelukis, pemuzik atau penyanyi dan banyak lagi lapangan seni lain.

Tidak seperti bakat atau kebolehan, populariti tidak dilahirkan sebaliknya dicipta. Apa juga produk seni hanya akan dipuja dan diraikan apabila kehadiran atau kewujudannya disedari umum. Bakat hanya alat, manakala populariti tercipta hasil kehebatan bakat.

Nyanyian juga serupa. Sudah berapa banyak penyanyi hebat telah hidup di mata dan di hati kita semua. Ada ramai dalam kalangan penyanyi hebat negara lahir daripada program pertandingan, ada juga yang ditemui para pencari bakat secara tidak sengaja kemudian dibentuk menjadi penyanyi dek bakat dan kecenderungan mereka.

Program melahirkan bakat bintang seni suara hingga kini masih dijuarai Bintang RTM. Sejak era 1950-an, Bintang RTM yang asalnya dikenali Bintang Radio telah mencungkil mungkin ratusan bakat hebat yang kemudian berevolusi sebagai Bintang RTM sekitar 1970-an.

Nama-nama besar yang lahir daripada program tersebut sudah tidak perlu diperkenalkan. Sejak dahulu hingga kini, kita disematkan dengan nama-nama Juliza Adlizan, Sudirman, Fauziah Nawi, Rohana Jalil, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Siti Nurhaliza, Dayang Nur Faizah, Misha Omar, Siti Sarah, Azharina Azhar, Ernie Zakri, Alyah dan ramai lagi.

Semua bintang hebat itu adalah alumni RTM, tak kira daripada Bintang RTM, Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI) atau Golden Teen Search stesen sama.

Sebelum bercambahnya program pertandingan bakat di stesen swasta lain, RTM menjadi satu-satunya induk yang melahirkan bintang, namun zaman kegemilangan Bintang RTM mula tenggelam timbul.

Paling ketara apabila pertandingan realiti Akademi Fantasia (AF) mula mencetuskan fenomena pada 2003.

Zaman undian AF sudah berpuluh tahun berlalu. Daripada undian SMS sampai undian online, mekanisme penilaian populariti juga berubah. Masuk Apa yang cuba difahamkan di sini, untuk zaman milenia ini, bakat sahaja sudah tidak cukup.

Masuk semula ke topik Bintang RTM yang memulakan edisi 2024 sejak awal Januari, pertandingan yang sudah melepasi konsert minggu ketiga berlangsung setiap Sabtu di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kota Media tersebut jauh untuk menempa perhatian umum.

Seperti kata juri yang sinonim dengan pertandingan nyanyian, Datuk Syafinaz Selamat, ‘sayang jika bakat Bintang RTM’ sekadar dipandang sepi’. Begitulah yang dirasai terhadap Bintang RTM kini. Sepi publisiti, senyap sunyi tanpa sebarang gimik pencetus sensasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN