fbpx
Perkahwinan boleh menjadi mimpi ngeri buat sebahagian orang sekiranya mendapat pasangan yang mempunyai masalah nasisistik. – Gambar hiasan

Sengsara bersuami lelaki narsisistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Gangguan Personaliti Narsisistik (NPD) bukan sahaja penyakit yang datang tanpa disedari, malah ia boleh merosakkan hubungan suami isteri kerana penghidapnya terlalu angkuh dan taksub dengan diri sendiri.

Penghidap NPD yang digelar narsis tidak mempunyai perasaan simpati atau empati terhadap orang lain dan keluarga selain cenderung memperlekehkan orang lain bagi menampakkan dirinya hebat.

Pengarah Urusan dan Pakar Psikologi CPC International, Dr. Noor Aishah Rosli berkata, individu yang mengalami NPD sering mendambakan pujian berlebihan daripada orang ramai kerana berasakan diri terlalu bagus.

“Mereka mahu menonjolkan diri sebagai idola yang terbaik kepada orang lain. Karakter itu berbeza dengan sikap yakin kerana ia lebih kepada taksub pada diri sendiri.

“Selain itu, mereka juga tiada perasaan simpati dan empati terhadap orang lain yang mana mereka juga cenderung memperlekehkan orang lain bagi menampakkan diri lebih hebat sehingga menjejaskan emosi orang sekeli­ling,” katanya baru-baru ini.

Dr. Noor Aishah

Menurut Noor Aishah, narsis mahu dilayan secara istimewa dan gemar mengambil kesempatan atau eksploitasi ke atas orang lain untuk kepentingan diri.

Tambahnya, penyakit itu bertambah buruk apabila melibatkan rutin harian terutama dalam hubungan suami isteri, anak-anak dan rakan sekerja terganggu.

“Ramai dalam kalangan masyarakat tidak menyedari mereka sebenarnya narsis walaupun sering angkuh, tidak me­ngaku salah dan gemar me­nyalahkan orang lain,” katanya.

Ujar Noor Aishah, orang sekeliling seperti pasangan perlu bertindak dengan membawa pesakit mendapatkan rawatan de­ngan pakar psikologi.

“Walaupun sukar, individu narsis perlu mendapatkan rawatan daripada pakar bagi me­ngubah cara pemikiran mereka kepada lebih rasional.

“Hanya pakar yang boleh menentukan sama ada seseorang itu penghidap NPD melalui diagnosis tertentu. Ia boleh sembuh melalui rawatan yang konsisten,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Aishah memberitahu, dia pernah me­rawat seorang wanita yang mempunyai NPD hingga me­ngakibatkan kehidupan suami­nya tertekan.

“Isterinya sering menyalahkan lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dalam semua perkara. Wanita itu juga enggan menerima apa jua pendapat suaminya.

“Walaupun dia belum didiagnos sebagai NPD, dia sering play victim dengan meluahkan emo­sinya berkaitan hubungan suami isteri di Facebook,” katanya.

Bagaimanapun, pasangan itu masih bertahan dan kini perkahwinan mereka sudah mencecah usia 16 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN