fbpx

Keikhlasan kerjasama BN-PH bantu kekalkan Kerajaan Perpaduan pada PRU-16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika berucap di Konvensyen Kerajaan Perpaduan peringkat negeri Perak di Ipoh, hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yakin Kerajaan Perpaduan akan kekal memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Menurut beliau, keyakinan itu mampu direalisasikan sekiranya semua peringkat dalam kepimpinan parti-parti gabungan terus mempertahankan keikhlasan dan kesepakatan dalam pentadbiran.

“Keikhlasan ini yang mengikat kita pada ketika itu (pembentukan Kerajaan Perpaduan). Saya sering ingatkan diri bahawa untuk peroleh kejayaan itu sukar, untuk pertahankannya juga lebih sukar, jadi, kita jangan pernah berasa selesa.

“Saya yakin di bawah pimpinan Perdana Menteri dan dukungan ahli-ahli Parlimen, kerajaan ini akan terus kukuh,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Casuarina, di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan kesepakatan dalam pentadbiran negeri.

Katanya, keikhlasan yang ditunjukkan sebelum ini telah membuktikan BN dan PH mampu mengikat kerjasama termasuk memberi peluang kepada BN melantik Menteri Besar.

Begitupun katanya, keikhlasan itu harus diikuti dengan perundingan yang telus bagi mengelak berlakunya perebutan jawatan kalangan pemimpin parti.

“Kita adik-beradik, jadi berunding elok-elok. Insya-Allah, Datuk Seri Saarani Mohamad akan mempertahankan kerajaan Perpaduan ini di Perak.

“Pesanan saya kepada Pengerusi PH Perak (Datuk Seri Dr Mujahid Yusof), ingat pesanan abang, bahawa rezeki tidak pernah salah alamat. Asalkan terus ‘bercium mulut’ dengan Saarani, saya yakin kita dapat pertahankan (Kerajaan Perpaduan di Perak),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI