fbpx

Ahli Parlimen pembangkang dilantik mengetuai kluster tangani isu harga barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) melawat gerai jualan pada Program Jualan Termurah Madani Barang Basah dan Kering di Padang Taman Klebang Restu, Ipoh hari ini. Foto ZULFACHRI ZULKIFLI/ KOSMO!

IPOH – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dipilih untuk mengetuai satu daripada kluster atau jawatankuasa menangani harga makanan dan kos sara hidup di bawah Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Syed Abu Hussin juga terlibat dalam membantu menjayakan program jualan harga murah Madani.

Pengumuman Anwar itu dibuat sewaktu beliau meninjau program Jualan Termurah Madani barangan basah dan kering di padang Taman Klebang Restu, Ipoh di bawah kawasan Parlimen Tambun, di sini hari ini yang diusahakan oleh Ahli Parlimen Bersatu tersebut.

“Saya tugaskan saudara Syed Abu Hussin Hafiz untuk bantu di bawah Naccol, dia akan menggepalai kluster untuk tambah ikhtiar dapat kita tingkatkan di seluruh negara. Kena perluaskan dan kerapkan lagi,” katanya ketika meninjau program Jualan Termurah Madani barangan basah dan kering di padang Taman Klebang Restu, Ipoh di bawah kawasan Parlimen Tambun, di sini hari ini.

Mengulas pengumuman Perdana Menteri, Syed Abu Hussin berkata, beliau sebelum ini telah membentangkan kepada Anwar tentang bagaimana program jualan murah itu boleh diadakan.

Katanya, Perdana Menteri telah mencadangkan supaya program jualan murah itu diperluaskan di peringkat nasional. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI