fbpx

Polis buru suspek kes gaduh di kedai makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video pergaduhan di sebuah restoran di Taman Impian Emas, Skudai, Johor Bahru, malam semalam.

JOHOR BAHRU – Sekumpulan lelaki bersenjatakan parang menyerbu sebuah restoran di Taman Impian Emas, Skudai, di sini, dan menyerang beberapa individu dalam satu kejadian, malam semalam.

Tindakan sekumpulan lelaki tersebut berlaku dengan pantas dan mereka cepat meninggalkan lokasi sebelum sepasukan polis tiba.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya sedang giat mengesan sekumpulan lelaki terbabit yang mencetuskan pergaduhan itu.

Katanya, polis menerima maklumat kejadian sekitar pukul 11.50 malam sebelum sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sehingga kini tiada mangsa yang tampil membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut. Pihak polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Sebelum itu, tular video berdurasi 45 saat di media sosial yang memaparkan beberapa lelaki bersenjatakan parang menetak individu di dalam kedai makan itu sebelum meninggalkan premis tersebut.

Dalam pada itu, Balveer Singh berkata, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini untuk menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Faez Rahim di talian 011-11905471. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI