fbpx

Landasan kereta api dijadikan tempat ‘berkelah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA wanita memasak di tas landasan kereta api di Mumbai baru-baru ini. - FotoMumbai Matters/X

NEW DELHI – Satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan beberapa individu duduk dan memasak di tepi landasan kereta api di Mumbai, India, lapor akhbar India Today kelmarin.

Dalam rakaman video itu, beberapa wanita dilihat menyediakan makanan, manakala sejumlah kanak-kanak duduk di atas landasan kereta api.

Terdapat juga beberapa kanak-kanak yang berlari, manakala sebilangan individu dilihat tidur di atas landasan di Stesen Kereta Api Mahim Junction itu.

Video tersebut menerima kecaman pengguna media sosial yang menggesa tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa berhubung aktiviti itu.

Ia turut mendapat reaksi daripada Pengurus Kereta Api Bahagian Mumbai. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI