fbpx

Terjun laut lepas ‘kantoi’ buat alat curi benih kerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Benih kerang yang berjaya dirampas dalam operasi itu.

SABAK BERNAM – Tujuh nelayan Kemboja yang sedang membuat peralatan mencuri benih kerang di jeti nelayan Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar di sini, nekad terjun ke laut selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa semalam.

Serbuan pukul 6 petang itu dijalankan penguat kuasa Jabatan Perikanan Selangor dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Pelabuhan Klang dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor.

Pengarah Perikanan negeri, Noraisyah Abu Bakar berkata, kesemua lelaki warga asing itu dipercayai sedang menyiapkan tongkah kayu bagi kegiatan mengutip benih kerang.

Jelas beliau, tujuh suspek itu didapati terjun ke laut selepas terkejut jeti berkenaan diserbu dalam operasi bersepadu berkenaan.

“Mereka kemudian berenang meloloskan diri ke kawasan paya bakau berdekatan. Empat lagi nelayan dipercayai warga asing yang berada di sebuah bot turut melakukan tindakan sama bagi mengelak ditahan.

“Kita berjaya merampas kerang seberat 540 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM6,480,” katanya hari ini.

Menurut Noraisyah, siasatan awal mendapati semua warga asing itu dipercayai mula bekerja sebagai pengutip anak kerang sejak 2015 dengan ditawarkan gaji dan komisen tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI