fbpx

Sindiket pengedaran dadah di Miri tumpas, 25.7 kilogram syabu dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mancha menunjukkan bungkusan syabu yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, hari ini.

MIRI – Polis Kontinjen Sarawak terus melumpuhkan sindiket pengedaran dadah dengan tangkapan terbaharu melibatkan sebanyak 25.7 kilogram syabu yang bernilai RM848,100.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata tangkapan dilakukan kira-kira pukul 9 pagi kelmarin, apabila pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sarawak berjaya menangkap seorang lelaki berusia 22 tahun di balai ketibaan Lapangan Terbang Miri.

“Hasil pemeriksaan ke atas bungkusan dan bagasi yang dibawa suspek didapati mengandungi 25.7 kilogram dadah disyaki syabu. Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh 128,500 orang penagih,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata penahanan suspek itu turut membawa kepada tangkapan ke atas dua lelaki kira-kira pukul 9.30 pagi hari sama di parkir kereta sebuah pasar raya di Riam, di sini kerana disyaki terlibat dengan rangkaian sindiket berkenaan.

Mancha berkata, ketiga-tiga suspek turut didapati positif Methamphetamine manakala dua daripadanya juga mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan juga di bawah Kanun Keseksaan.

Beliau menambah, polis turut menyita sebentuk cincin emas seberat 5.12 gram bernilai RM1536, sebentuk cincin emas seberat 3.77 gram bernilai RM1,131 dan sebuah kereta Perodua Axia.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI