fbpx

Kerajaan gesa kontraktor segera naik taraf LRA Kogopon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan meninjau perkembangan terkini projek LRA Kogopon Fasa Dua hari ini.

PAPAR – Kerajaan menggesa kontraktor bertanggungjawab ke atas projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon Fasa Dua agar mempercepatkan projek berkenaan demi menampung keperluan air di daerah Papar dan kawasan sekitarnya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang juga Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd. Ali menegaskan, tarikh projek berkenaan dijadualkan siap adalah 14 Ogos 2026.

Bagaimanapun, Armizan berharap agar kerja naik taraf loji itu dapat disiapkan lebih awal kerana melihat faktor gangguan bekalan air yang sering membelenggu rakyat daerah Papar.

“Kapasiti merawat air yang sedia ada kini ialah 40 juta liter air sehari dan reka bentuk naik taraf LRA fasa ini telah siap sejak tahun 2011. Apabila projek ini siap sepenuhnya, LRA sama mampu meningkatkan kapasiti rawatan sekali ganda daripada 40 juta liter air sehari kepada 80 juta liter air sehari.

“Projek ini amat penting untuk menyelesaikan isu gangguan bekalan air di sebahagian kawasan dalam parlimen Papar, selatan Putatan dan Ulu Kimanis,” katanya memaklumkan sudah empat kali turun ke LRA Kogopon bagi melihat sendiri perkembangan projek terbabit.

Armizan berkata, pihak kontraktor yang terpilih perlu memahami projek itu bukan projek biasa seperti naik taraf jalan raya yang mana masyarakat masih punyai jalan raya alternatif lain untuk sampai ke sesuatu destinasi.

“Ini juga bukan projek bina sekolah baharu yang buat sementara pelajar masih punyai sekolah alternatif untuk belajar. LRA Kogopon ini boleh dianggap projek kecemasan kerana rakyat sudah lama terkesan dan menghadapi isu gangguan bekalan air.

“Malah terdapat kawasan yang tidak memperoleh bekalan air sehingga seminggu. Oleh itu, kita tekannan supaya kontraktor dapat memberi kerjasama terbaik dalam menyiapkan projek naok taraf LRA Togopon ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI