fbpx

Empat sekeluarga turun Gunung Jerai cedera kereta rempuh kedai makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Perodua Viva yang merempuh bangunan kedai makan di kaki Gunung Jerai, Yan dipercayai akibat kegagalan fungsi brek, hari ini.

YAN – Empat sekeluarga cedera selepas kereta Perodua Viva yang mereka naiki terbabas lalu merempuh bangunan kedai makan ketika menuruni Gunung Jerai, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, kemalangan berlaku di kawasan kaki gunung tersebut kira-kira pukul 2.15 petang tadi.

Kata beliau, hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku akibat kegagalan fungsi brek sehingga menyebabkan pemandunya hilang kawalan lalu merempuh bangunan kedai di sebelah kiri jalan.

“Akibat rempuhan tersebut, pemandu yang berusia 31 tahun serta tiga ahli keluarganya mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

“Pemandu dan salah seorang penumpang belakang dirujuk di Hospital Yan manakala penumpang hadapan bersama seorang lagi penumpang belakang dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI