fbpx

Ashraf Muslim difitnah sekali lagi berpoligami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELBAGAI lagi desas-desus turut dikongsikan, termasuk menuduh wanita itu ada hubungan dengan Ashraf.

SUDAH namanya selebriti, memang mata khalayak terutama peminat seolah-olah menjadi seperti alat pengimbas haba.

Terbaharu, pengguna TikTok memuat naik video pendek ketika berada di sebuah restoran yang dikunjunginya.

Dalam klip berkenaan kelihatan kelibat pelakon Ashraf Muslim duduk semeja dengan seorang lelaki serta wanita menikmati hidangan.

Namun, dalam ruangan komen bertebar tekaan mengenai identiti wanita di sebelahnya sehingga ada yang berani mendakwa itu isteri ketiga aktor yang sudah beristeri dua itu.

Pelbagai lagi desas-desus turut dikongsikan, termasuk menuduh wanita itu ada hubungan dengan Ashraf.

Tidak menunggu lama, petugas sebuah syarikat penerbitan tampil  menangkis tuduhan berkenaan dengan mengesahkan kelibat wanita bersama Ashraf sebenarnya terbabit dalam sebuah produksi dan tiada hubungan peribadi.

Individu itu menasihatkan orang ramai, agar tidak mudah menjatuhkan hukum terhadap Ashraf dan pelakon baharu hanya kerana dilihat makan semeja.

Mizz Lahar: Seronok tengok persahabatan Keith Foo dengan bekas isteri demi anak.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI