fbpx

Pengasuh didenda RM10,000 ketuk, tampar dahi bayi 11 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang pengasuh yang menampar dan mengetuk dahi seorang bayi lelaki berusia 11 bulan hingga cedera mengundang padah apabila dia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman denda itu terhadap tertuduh Norliza Osman, 42, selepas ibu dua anak itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu, dia boleh dipenjara selama 18 bulan dan tertuduh membayar denda berkenaan.

Selain hukuman denda, mahkamah turut mengarahkan tertuduh berkelakuan baik dengan bon jaminan berjumlah RM3,000 selama tiga tahun selain khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan, Norliza sebagai orang yang dipertanggungjawabkan menjaga seorang bayi lelaki didapati menganiaya sehingga menyebabkan kecederaan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kediaman di Presint 9, Putrajaya, antara pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari pad 2 Januari lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd. Latif memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Norliza yang tidak diwakili peguam merayu supaya tidak dihukum penjara kerana mempunyai anak masih bersekolah dan kurang upaya serta perlu menguruskan kehidupan seharian mereka.

Mengikut fakta kes, seorang pegawai perubatan Hospital Putrajaya menerima pesakit iaitu bayi berkenaan yang dibawa ibu bapanya untuk rawatan.

Doktor yang membuat pemeriksaan kemudian mendapati bayi berkenaan mempunyai kecederaan lebam dan calar di dahi, pipi dan telinga kanan akibat didera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI