fbpx

Jangan sesekali cabar kedaulatan Malaysia – Azalina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina (tujuh dari kiri) mengadakan perjumpaan dengan Kor Diplomatik Eropah semalam.

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memberi peringatan jangan ada mana-mana pihak cuba mencabar kedaulatan negara.

Menurut beliau, Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berkompromi dan akan mempertahankan negara daripada apa jua ancaman.

“Kerajaan Madani dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berkompromi dan akan mempertahankan negara daripada apa jua ancaman.

“Jangan sesekali cabar kedaulatan Malaysia,” katanya ketika mengulas mengenai Tuntutan Sulu dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Azalina dalam hantaran sama memaklumkan, beliau mengadakan perjumpaan dengan Kor Diplomatik Eropah semalam.

Menurut beliau, banyak negara mengikuti rapat Tuntutan Sulu dan cara pengendalian Malaysia berdepan dengan kes tersebut.

Katanya, beliau berkongsi mengenai kronologi isu Tuntutan Sulu sehingga penimbang tara yang terlibat dalam tuntutan berkenaan, Gonzalo Stampa dihukum penjara.

Justeru, katanya, negara-negara di seluruh dunia perlu bekerjasama melihat kepada kelemahan undang-undang dan penyalahgunaan proses timbang tara hasil daripada kes Tuntutan Sulu.

“Ini penting bagi mengelakkan berulang isu seperti ini di mana-mana negara.

“Saya berharap perbincangan ini menjadi pemula kepada kerjasama dan terbentuknya Kumpulan Kerja antara negara-negara anggota Kesatuan Eropah dan Malaysia bagi melihat kepada isu-isu timbang tara antarabangsa termasuk pembiayaan daripada pihak ketiga, selain amalan terbaik dan kod etika penimbang tara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI