fbpx

Rakan lelaki Nigeria maut terjatuh tingkat 16 direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki Nigeria yang ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Uban, kelmarin.

GEORGE TOWN – Dua lelaki Nigeria iaitu rakan kepada suspek yang maut akibat terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Uban, di sini kelmarin ditahan reman selama tujuh hari bermula, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, siasatan terhadap lelaki terbabit dijalankan mengikut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Dua rakan suspek yang maut akibat terjatuh dari kondominium ini telah ditahan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Polis juga telah menyerahkan maklumat mereka kepada Jabatan Imigresen bagi menentukan status mereka, sama ada mereka adalah pelajar atau tidak,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang kelmarin, seorang lelaki warga Nigeria ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah selepas dipercayai terjatuh dari kediaman sewanya di tingkat 16.

Difahamkan, lelaki berkenaan terjatuh ketika cuba melarikan diri selepas unit rumahnya itu diserbu polis selepas disyaki menjadi lokasi aktiviti pengedaran dadah.

Dalam serbuan itu, pihak polis turut menemui sejumlah dadah jenis ekstasi dan syabu dalam rumah yang disewa mereka dan menahan dua suspek lelaki warga Nigeria kerana terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI