fbpx

Polis rakam keterangan Inspektor tolak kekasih jatuh Jambatan P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inspektor polis yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, kelmarin mengalami patah bahu kiri dan masih belum bergerak setakat ini.

GEORGE TOWN – Polis sudah merekodkan keterangan daripada seorang pegawai kanannya yang berpangkat Inspektor selepas teman wanita lelaki itu mendakwa dia ditolak sehingga jatuh dari Jambatan Pulau Pinang, 15 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, anggota berusia 37 tahun itu sudah memberi keterangan ketika berada di hospital, beberapa hari lalu.

Menurutnya, selain pegawai kanan polis itu, polis turut merekodkan keterangan daripada 12 saksi lagi bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Secara keseluruhan, kami telah merekodkan kenyataan 13 saksi termasuk daripada kenyataan daripada Inspektor. Siasatan kes ini masih di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.45 malam, 15 Januari lalu, tindakan pantas seorang lelaki yang terjun ke laut dari Jambatan Pulau Pinang berjaya menyelamatkan nyawa satu pasangan lelaki dan wanita yang terjatuh dari ketinggian 20 meter itu.

Kedua-duanya dikatakan bertengkar di atas jambatan berkenaan sebelum mereka terjatuh ke dalam laut.

Susulan kejadian itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu membabitkan kesalahan cubaan membunuh selepas wanita tersebut mendakwa yang dia ditolak teman lelakinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI