fbpx

Pakej data Rahmah manfaatkan 200,000 ‘rider’ p-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (tengah, belakang) bergambar bersama wakil pihak telco terlibat dan penunggang p-hailing yang hadir ke Majlis Pelancaran Pakej P-Hailing Rahmah, hari ini. Foto M. FIRDAUS M. JOHARI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Semua penunggang p-hailing yang layak di negara ini akan menerima Pakej P-Hailing Rahmah iaitu pakej data istimewa khas dan boleh didapati mulai hari ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ia bakal memanfaatkan hampir 200,000 penunggang p-hailing berdaftar dari 16 syarikat seluruh negara.

Menurut beliau, ia merupakan tanda penghargaan kepada mereka yang bertugas di dalam industri p-hailing.

“Inisiatif transformatif, Pakej P-Hailing Rahmah, iaitu sebuah inisiatif merangkumi semangat Rahmah, yang bermaksud berkat dan rahmat.

“Ia juga bukti komitmen kerajaan dalam menyokong ekonomi digital dan memastikan perkhidmatan penting seperti p-hailing sampai ke pelosok negara,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pakej P-Hailing Rahmah, di sini, hari ini.

Melalui pakej berkenaan katanya, pemandu dan penunggang p-hailing boleh menikmati perkhidmatan internet pada harga serendah RM33 dengan pelan data sekurang-kurangnya 40GB.

Jelas beliau, setiap pakej adalah unik dan berbeza mengikut persetujuan pihak syarikat telekomunikasi (telco) yang dipilih oleh penyedia platform masing-masing.

“Tahniah atas kerjasama luar biasa antara syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile) dan YTL Communications (Yes) serta 16 buah syarikat penyedia platform p-hailing terlibat.

“Saya juga galakkan pemain industri lain agar turut teroka perkongsian serupa yang boleh memanfaatkan bukan sahaja kepada pemain industri, bahkan meningkatkan ekonomi negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI