fbpx

Pemimpin, penyokong PN tak berani tampil podcast YBM Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster proram bual bicara podcast Yang Bakar Menteri (YBM).

PETALING JAYA – Belum ada mana-mana pemimpin atau penyokong Perikatan Nasional (PN) berani tampil dalam program bual bicara podcast Yang Bakar Menteri (YBM)

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pejabatnya malah telah menghubungi ramai pemimpin dan aktivis maya PN untuk tampil, namun semua mereka menolak.

“Selain YB Viral, senarai pemimpin dan aktivis maya PN yang tidak berani bersemuka termasuk YB (Yang Berhormat) Wan Fayhsal (Ahli Parlimen Machang), YB Pendang, Solisidtor, Hawa Yaakob dan Sufi Kamari.

“Saya tidak akan putus asa dan akan terus menghubungi lebih ramai pemimpin dan aktivis maya PN untuk menyahut cabaran ‘membakar’ saya secara langsung.

“Jangan hanya berani mengkritik di belakang tetapi tidak berani memberi pandangan membina di depan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Rafizi berkata, ada dalam kalangan bekas pemimpin Pakatan Harapan (PH) menawarkan diri, tetapi perkara itu diambil kesempatan oleh aktivis maya PN untuk mengelak dan mendakwa konon beliau tidak berani bersemuka individu tertentu.

Ujar beliau, matlamat podcast YBM memberi keutamaan kepada penyokong dan pemimpin PN untuk bersemuka supaya rakyat dapat menilai hujah kerajaan berbanding pembangkang.

“Pemimpin PH (atau bekas pemimpin pun) memang sudah ada peluang menyampaikan pandangan kepada saya sama ada melalui saluran kerajaan atau parti. Ada yang memang sudah ada saluran sendiri pun untuk menyampaikan kepada rakyat.

“Mengisi ruang di podcast YBM samalah seperti memberi bola tanggung kepada pembangkang untuk mengalihkan isu dengan mengapi-apikan sesama PH,” katanya.

Justeru, kata Rafizi, beliau akan berpegang kepada matlamat utama podcast YBM iaitu memberi ruang kepada pihak yang membangkang atau kritikal kepada pendekatan kerajaan.

“Oleh kerana setakat ini belum ada pemimpin atau penyokong PN yang berani tampil, kami buka juga kepada individu lain. Mereka bukan pembangkang, tetapi ada kecenderungan kritikal dan ‘cynical’ dengan kerajaan.

“Dr. Barjoyai Bardai seorang ahli akademik di universiti swasta yang banyak juga mengkritik saya dan pendekatan kerajaan sebelum ini. Semasa debat antara saya dan Ahli Parlimen Bachok, beliau dilambung oleh penyokong PN sebagai bukti yang pandangan saya ditolak oleh seorang ahli akademik. Malam ini beliau akan mengkritik dan ‘membakar’ saya secara berdepan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI