fbpx

Melaka masih kaji tarif air, umum Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RAUF (dua dari kanan) menandatangani plak ketika merasmikan bangunan baharu Audemars Microtec (Malaysia) Sdn. Bhd. di Perindustrian Angkasa Nuri, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

ALOR GAJAH – Kerajaan negeri masih menilai kadar tarif air baharu yang sesuai dan pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat Rabu ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, secara asasnya semua negeri di Malaysia termasuk Melaka menghadapi masalah membekalkan air bersih kerana kadar air tidak terhasil (NRW) adalah sekitar 40 peratus.

Kata beliau, kedudukan paip bawah tanah yang bocor atau pecah perlu diselenggara segera dan proses itu akan menelan kos yang tinggi.

“Kita tidak mahu nanti air yang sampai kepada pengguna sekitar 60 peratus sahaja sementara bakinya hilang dalam tanah, penyelenggaraan atau penukaran paip mesti dilakukan pada waktu ini.

“Jadi untuk membantu kelestarian rakyat, kerajaan pusat mengambil langkah menaikkan tarif air seluruh negara secara serentak bagi memastikan bekalan air yang dibekalkan paling kurang mencapai 90 peratus.

“Had siling (purata kenaikan) ialah 22 sen, jadi kita akan melihat di Melaka dalam formula yang ada berapa jauh (pelarasan) sampai 22 sen. Rabu ini saya akan beritahu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bangunan Baharu Audemars di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan tarif air baharu akan dilaksanakan terhadap pengguna domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 1 Februari ini membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.

Susulan itu, beberapa negeri telah mengumumkan kadar kenaikan tarif air iaitu Selangor dan Johor masing-masing sebanyak 22 sen dan 25 sen bagi setiap meter padu sementara kenaikan tidak melebihi 20 sen di Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI