fbpx

Ibu, anak perempuan maut dihempap lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

KUALA LANGAT – Dua beranak maut selepas kenderaan dinaiki dihempap sebuah lori di dalam parit di Jalan Banting – Dengkil di sini, hari ini.

Kedua-dua mangsa yang maut di lokasi kejadian adalah ibu dan anak perempuannya masing-masing berusia 10 tahun dan 40an.

Turut cedera adalah seorang lagi anak mangsa yang merupakan wanita berusia 20an.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.03 berhubung kemalangan melibatkan lima buah kenderaan.

Keadaan kereta dinaiki tiga beranak yang dihempap lori tersebut.

Katanya, berdasarkan maklumat awal sebuah lori telah melanggar empat kereta lain iaitu dua jenis Honda City, satu Perodua Myvi dan sebuah lagi kereta tidak dapat dikesan.

“Lori tersebut telah menghempap Perodua Myvi berkenaan dengan terdapat tiga orang mangsa yang tersepit dalam kereta itu.

“Sembilan anggota terlibat dalam operasi tersebut dengan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan bermula dalam tempoh sejam bermula 8.45 pagi,” katanya hari ini.

Beliau menambah, dua daripada mangsa termasuk kanak-kanak disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan seorang lagi cedera di bahagian kaki.

Ahmad Mukhlis menjelaskan, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Banting untuk tindakan selanjutnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI