fbpx

Aisyah Aziz bertudung, Bella Astillah pula kena petik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN terkini Aisyah Aziz yang sopan bertudung dipuji netizen.

PETALING JAYA – Pernah berkongsi perjalanan hidupnya selepas menunaikan ibadah umrah, penyanyi Aishah Aziz mengundang perhatian ramai apabila tular sebuah video memaparkan dia membuat persembahan dengan imej bertudung.

Menerusi video tular tersebut, pemilik nama penuh Nur Aisyah Aziz, 30, itu memakai pakaian sopan dan bertudung jenis bawal ketika sesi latihan persembahan menyanyikan lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu milik Uji Rashid untuk sebuah program televisyen di Singapura.

Gaya sopan tersebut mengundang pujian ramai kerana sebelum ini adik kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz itu sememangnya terkenal dengan imej seksi dan fesyen pelik yang sering dipakainya.

Bukan sahaja pujian, netizen turut ‘memetik’ nama kakak iparnya iaitu Bella Astillah agar diberikan petunjuk untuk turut memakai hijab.

“Aisyah sudah bertudung ke? Alhamdulillah semoga terus istiqamah.

“Benar bahawa hidayah Allah SWT boleh hadir bila-bila masa sahaja dan Aisyah adalah insan bertuah itu.

“Cantik anggun bertudung, semoga menjadi asbab Bella untuk terikut sama (bertudung),” komen netizen.

Sebelum ini, Aisyah menerusi Instagram pernah berkongsi beberapa momen magisnya selepas memilih untuk mendalami agama Islam sejak setahun lalu.

Katanya, sepanjang proses tersebut, dia lebih mengenali erti kesederhanaan dan tidak lagi mengejar duniawi.

Lebih manis, hubungan dengan kedua ibu bapanya juga bertambah erat selain dapat mengerjakan umrah di Tanah Suci pada hujung tahun lalu.

Sehingga hari ini, dia bagaimanapun tidak pernah berkongsi secara rasmi sama ada dirinya sudah bertudung sepenuhnya atau tidak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

TERKINI