fbpx

Waspada ‘rakan’ mahu pinjam wang di WhatsApp, Telegram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta berwaspada sekiranya terdapat rakan atau kenalan menghubungi melalui aplikasi seperti telegram dan WhatsApp untuk meminjam wang bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sepanjang 2023, pihaknya merekodkan sebanyak 494 kes menyamar rakan membabitkan kerugian RM238,732.

Bagi tempoh 1 hingga 20 Januari, sebanyak 50 kes direkodkan membabitkan kerugian berjumlah RM238,732.

“Berdasarkan siasatan, sindiket ini menggodam Telegram dan WhatsApp untuk meminjam wang.

“Pemilik sebenar Telegram hanya menyedari perkara ini apabila akaun mereka tidak dapat diakses atau menerima panggilan daripada kenalan yang mahu mendapatkan pengesahan berkenaan pinjaman yang ingin dibuat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya kepada mesej pinjaman wang yang diterima daripada kenalan terutama apabila akaun bank yang digunakan adalah milik individu lain.

Katanya, apa sahaja alasan yang diberikan, orang ramai diminta supaya membuat semakan dengan menghubungi kenalan tersebut bagi tujuan pengesahan.

“Sebarang maklumat orang ramai boleh menghubungi balai polis berhampiran atau mengemukakan pertanyaan kepada CCID Infoline di talian 013-2111222,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI